Berita

KWP masih kaji perlaksanaan ROL 2.0

- Diterbit 4 April 2021 7:19 AM MYT

KEMENTERIAN Wilayah Persekutuan (KWP) masih mengkaji untuk meneruskan pembangunan Program Sungai Nadi Kehidupan (RoL) 2.0 bagi memastikan sungai di ibu kota sentiasa bersih dan terpelihara setanding dengan bandaraya di dunia.

Menterinya, Tan Sri TPr Annuar Musa berkata, kajian tersebut dilaksanakan termasuklah pemberishan dan pengindahan sungai sehingga sempadan negeri Selangor.

““Kita sedang berada di kemuncak ROL 1.0, yang mana kita akan membina River City di bahagian utara ROL 1.0 menggunakan teknologi sungai kualiti airnya kurang baik berada di bawah dan sungai kualiti air rekreasi ada di atas dalam konsep ‘double decking’.

“Masalah sungai ada kaitan dengan masalah banjir dan kita bukan sahaja terpaksa menguruskannya dari segi fizikal dan pengindahan sahaja tetapi ia mesti berfungsi dengan baik mengawal banjir di Kuala Lumpur.

“Sebab itu projek pembangunan ROL 2.0 akan kita teliti dan selanjutnya kita akan menggabungkan konsep fizikal dengan kaedah untuk elakkan banjir besar melanda ibu negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan dan memperkenalkan Figurin Agen Ali sebagai Ikon RoL di Jambatan Leboh Pasar berhampiran Masjid Jamek hari ini.

Hadir sama, Ketua Setiausaha KWP, Datuk Seri Rosida Jaafar dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah.

Dalam pada itu, Annuar menjelaskan bahawa watak figura Agen Ali dipilih kerana ia telah menjadi household program yang telah dikenali hampir sleuruh rakyat Malaysia.

“Semua orang tahu dan kenal dan ia merupakan satu medium yang berkesan dan mempunyai ikutan yang ramai,

“Disamping itu, watak Agen Ali boleh mendidik orang ramai terutama anak muda dalam menyampaikan mesej menghargai kebersihan sungai dalam kalangan masyarakat” katanya.

Menjelas lanjut, mesej yang hendak disampaikan akan berkesan dan kaedah yang digunakan adalah tidak konvensional dan menggunakan figura yang boleh menarik perhatian anak-anak muda dan kanak=kanak.

“Soal penjagaan alam sekitar ini adalah sebahagian daripada pendidikan dan kita perlu mendidik masyarakat supaya menjadi panduan hidup mereka.

“Ia bukan sahaja menguakuasakan undang-undang dan peraturan, sebaliknya proses mendidik masyarakat untuk menghargai sungai dan memainkan peranan mereka untuk memelihara sungai yang ada,”katanya.- AZLAN ZAMBRY – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas