Berita

Kubikel dipasang bagi keselesaan gelandangan

INILAH kemudahan kubikel yang berjaya dipasang malam ini untuk gelandangan yang diselamatkan bagi mematuhi PKP di Kuala Lumpur.
- Diterbit 6 April 2020 4:48 PM MYT

KUALA LUMPUR – Tidak sampai 24 jam, permintaan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr. Annuar Musa petang tadi agar kemudahan bilik kecil atau kubikel disediakan untuk kemudahan gelandangan telah berjaya dilaksanakan.

Ini apabila Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengambil tindakan segera memasang kubikel seperti khemah di pusat penempatan sementara gelandangan malam ini.

Annuar memanjatkan kesyukuran apabila arahannya itu dilaksanakan dengan segera demi menjamin keselesaan gelandangan yang diselamatkan.

“Alhamdulillah… arahan saya supaya dipasang cubicles untuk gelandangan segera dilaksanakan malam ini… syukur…(lepas ini) saya urus selimut pula,” kata beliau dalam Twitternya malam tadi.

Beliau turut memuat naikkan klip video berdurasi 38 saat memaparkan keadaan penempatan sementara itu yang kini dipasang dengan kubikel tersebut.- WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas