KSN umum perlantikan dua KSU
MUEZ

KSN umum perlantikan dua KSU

KUALA LUMPUR- Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali hari ini mengumumkan perlantikan dua Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) membabitkan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang berkuatkuasa esok.

Datuk Muez Abdul Aziz yang sebelum ini menjawat jawatan KSU KPDNHEP ditukarkan ke Kementerian Pertahanan yang kosong ekoran penyandangnya dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara dan Datuk Hasnol Zam Zam Ahmad yang sebelum ini berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha KananJabatan Perdana Menteri.

Muez yang berkululusan Sarjana Ekonomi daripada University of Vanderbilt telah berkhidmat dengan perkhidmatan awam kira-kira 25 tahun manakala Hasnol, pemegang Ijazah Sarjana Perancang Bandar dari Universiti of Pennsylvania telah berkhidmat selama 28 tahun.

“Saya percaya dengan pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti, Muez berkemampuan untuk menggalas tanggung jawab barunya di Kementerian Pertahanan untuk memastikan keselamatan dan kedaulatan negara sentiasa dipertahankan.

“Selain itu, Hasnol pula dapat membantu merealisasikan aspirasi KPDNHEP untuk menjadi “kementerian prihatin” dengan memberi tumpuan kepada perdagangan dalam negeri sebagai tonggak ekonomi negara berpendapatan tinggi,” katanya. -WILAYAHKU

CATEGORIES