Berita

Anak-anak Genius Negara Putrajaya dirai

ANAK Genius dan ibu bapa dirai pada Majlis Apresiasi dan Penyampaian Sijil Pusat Anak Genius Negara Putrajaya Tahun 2019.
- Diterbit 31 Januari 2020 9:24 AM MYT

RAI. Persatuan Ibu Bapa dan Pendidik Pusat Anak Genius Negara (PIBP PAGN) Putrajaya menganjurkan Majlis Apresiasi dan Penyampaian Sijil Pusat Anak Genius Negara Putrajaya Tahun 2019 di Dewan Serbaguna Blok E12, Kementerian pendidikan Malaysia Kompleks E, Putrajaya baru-baru ini.

Majlis tersebut disempurnakan Setiausaha Bahagian Genius Kementerian Pendidikan Malaysia, Dr. Noraisah Spahat.

Turut hadir Pengerusi PIBP PAGN Putrajaya, Nik Mohd. Fitra Wan Jaffar.
Majlis julung-julung kali itu diadakan bagi meraikan anak-anak berusia empat tahun yang bakal meninggalkan pusat tersebut.

Majlis itu turut memberi penghargaan kepada pendidik, ibu bapa dan anak-anak berumur 2 dan 3 tahun yang menunjukan komitmen dalam setiap aktiviti yang diadakan sepanjang tahun lalu dengan beberapa anugerah seperti Anugerah Anak Cemerlang dan Anugerah Ibu Bapa Cemerlang.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas