Berita

KPT, MOSTI bantu sedia makmal diagnostik

MENTERI Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba ketika melawat IMR, Kuala Lumpur baru-baru ini.
- Diterbit 29 Mac 2020 1:35 PM MYT

SHAH ALAM: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) membantu Kementerian Kesihatan dalam membendung penularan wabak Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dua kementerian itu menyediakan 10 makmal diagnostik tambahan di institusi pengajian tinggi, hospital pengajar universiti (HPU), termasuk satu makmal bergerak yang boleh dihantar ke kawasan lokasi panas.

Katanya, dengan bantuan itu, pihaknya dapat melaksanakan 42,420 ujian pengesanan sebulan atau 1,414 sehari,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, ketika di peringkat awal, pihaknya hanya mempunyai Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dalam menjalankan ujian pengesanan Covid-19 di Malaysia.

Ia kemudian diperluaskan kepada 25 makmal di seluruh negara, termasuk tujuh makmal swasta.

“Empat Makmal Kesihatan Awam di peringkat negeri ialah di Johor, Kelantan, Perak dan Sabah.

“Antara tujuh makmal swasta milik ialah Lablink (M) Sdn. Bhd., Pantai Premier Pathology Bhd., Neogenix Laboratories Sdn. Bhd., Clinipath (M) Sdn. Bhd., BP Clinical Lab Sdn. Bhd. (Cawangan Glenmarie), Sunway Medical Centre dan Gribbles Pathology Sdn. Bhd. ,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas