Berita

KPDN bantu kembangkan perniagaan syarikat tempatan

SALAHUDDIN (lima dari kanan) menyerahkan geran R&D&C kepada salah seorang wakil syarikat jualan di Dewan Serbaguna KPDN pada Rabu.
- Diterbit 29 Mac 2023 9:00 AM MYT

LAPAN syarikat jualan langsung termasuk satu badan berkanun menerima Geran Kajian, Pembangunan dan Pengkomersilan (R&D&C) Program Khazanah Alam Industri Jualan Langsung dalam satu majlis di Dewan Serbaguna Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan
Kos Sara Hidup (KPDN) Putrajaya, pada Rabu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup  , Datuk Seri Salahuddin Ayub

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub memaklumkan pemberian geran R&D&C ini bertujuan untuk memperkembangkan perniagaan jualan langsung di negara ini.

“Inisiatif ini khusus untuk membantu mengembangkan perniagaan khususnya kepada syarikat jualan yang mengeluar dan memasarkan produk tempatan berasaskan sumber alam semula jadi serta membantu syarikat mengkomersialkan produk jualan langsung,” jelas beliau.

Pada program yang sama, beliau turut menyerahkan lesen jualan langsung kepada beberapa syarikat tempatan.

“Majlis ini menyaksikan 14 syarikat menerima lesen baharu dan 54 syarikat turut menerima lesen pembaharuan.

“Justeru itu, KPDN berharap melalui pemberian geran ini, ia dapat meningkatkan dan memajukan industri jualan langsung serta yakin ia boleh memberi nilai tambah kepada produk-produk khazanah alam tempatan.

“Pemegang lesen jualan langsung juga diingatkan agar sentiasa mematuhi segala peraturan yang telah digariskan demi menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan aktiviti jualan langsung yang beretika di samping peka kepada hak serta kepentingan
pengguna,” kata beliau.

Selaku agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam mengawal selia industri jualan langsung, KPDN juga yakin industri ini akan
terus terus berkembang maju dan mampu menyumbang kepada pertumbuhan sosioekonomi negara.

Turut hadir Ketua Setiausaha KPDN, Datuk Azman Mohd Yusof; Pengarah Kanan Sektor Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan KPDN, Datuk Rohaizi Bahari; Presiden Malaysian Direct Distribution Association (MDDA), Datin Sylvia Koh; Timbalan Presiden Direct Selling Association of Malaysia (DSAM), Mohamad Zaihan Mohamed Ariffin serta pegawai kanan kementerian. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas