Berita

‘Cantik, vokal memukau, idea tersendiri melengkapkan seorang Siti Nurhaliza’

- Diterbit 11 Mac 2024 2:00 PM MYT

TERUS unggul selama 28 tahun dalam industri, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berjaya memukau lebih 10,000 penonton menerusi konsert solonya yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini malam kelmarin.

Dikenali Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza itu, ia memaparkan perjalanan karier seninya sepanjang 28 tahun berkecimpung dalam industri muzik tanah air.

Malam gemilang itu adalah bukti pelantun lagu Aku Cinta Padamu berada dalam dalam kelasnya tersendiri sekaligus menjadikan beliau penyanyi nombor satu Malaysia.

Ini diakui sendiri oleh beberapa orang teman media yang menyaksikan malam konsert hilang gemilang itu.

FARIHAD

Menurut wartawan dari Berita Harian, Farihad Shalla Mahmud berpendapat, konsert ini antara persembahan Siti yang menjadi kenangan manis buat para peminatnya.

“Momen paling manis adalah segmen karaoke secara beramai-ramai. Bayangkan satu stadium berkaraoke menyanyikan lagu Lau Kekasihku.

“Selain itu, Segmen Bayu timur sangat sempurna dan mengimbas kembali momen-momen Siti menyertai Anugerah Juala Lagu.

“Antara faktor Siti terus menjadi penyanyi nombor satu negara adalah setiap kali belia buat konsert, mesti ada idea yang tersendiri. Walaupun  telah menjayakan berpuluh-puluh konsert dalam dan luar negara,  tapi tetap ada idea yang bagus dan sangat menghiburkan.

“Untuk konsert kali ini, saya sifatkan sebagai sempurna kerana  Siti bukan sahaja cantik, pakaian yang cantik tetapi juga vokalnya yang hebat. Ciri-ciri ini melengkapkan seorang Siti Nurhaliza,” katanya.

SYARRIZUAN

Wartawan portal The Vokal dan Gayah Is Typing, Syarrizuan Rashid pula berkata, konsert ini membuktikan Siti Nurhaliza  masih penyanyi nombor satu negara.

“Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza cemerlang. Inilah definisi sebenar sebuah konsert.

“Tenaga Siti dan sifat membuminya buat dia terus berada di mahligai Dirgahayu Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Maaf sangat, beliau masih dan sentiasa nombor satu. Selain rajin dam gigoh berusaha  untuk berjaya, satu hal kena ada dalam diri ialah keikhlasan dan humble. Itulah Siti. Barulah boleh claim nombor okay.

“Tahniah Siti, pengurus  Siti iaitu Rozi dan seluruh team. Alhamdulillah, terindah!Next yang paling dinantikan Mei ini, Ziana Zain Konsert 2024,” ujarnya.

PADIN

Manakala editor portal Xtra, Padin pula melihat segmen Mega Karaoke adalah langkah bijak team konsert ini.

“Paling best adalah segmen mega karaoke. Meletakkan lagu Kau Kekasihku untuk segmen karaoke itu adalah sangat bijak. Bayangkan satu Axiata karaoke sama-sama.

“Kemudian kami semua dihujani ‘surat-surat cinta’ daripada Siti yang memberikan kata-kata semangat dan menyeru agar kita semua sentiasa berdoa kepada Allah dalam apa jua keadaan

“Secara keluruhannya, konsert ini lengkap dan para peminat berasa puas,” jelasnya.

Sepanjang konsert selama tiga jam itu, Siti Nurhaliza, 45, membuktikan usia bukan penghalang apabila peminat setianya dibuat menerusi rangkaian 36 lagu hits termasuk medley dalam konsert durasi tiga jam.

SITI berduet bersama Syamel menerusi lagu Kalau Berkasih
PERSEMBAHAN memukau Siti dan Judika menerusi lagu Dirgahayu, Seluruh Cinta dan Kisah Ku Inginkan.

Malah, Siti menampilkan vokalnya yang mantap serta persembahan yang bertenaga dengan iringan barisan pemuzik yang diketuai Aubrey Suwito pada malam itu.

Turut memeriahkan konsert, penampilan penyanyi popular dari Indonesia, Judika selaku artis undangan yang berduet engan Siti menerusi lagu Dirgahayu dan Seluruh Cinta, Judika turut menghiburkan penonton secara solo di pentas.

Selain Judika, Syamel juga diundang berduet bersama Siti menerusi lagu Kalau Berkasih nyanyian asal Siti bersama Datuk Awie.

Antara lagu lain lagi yang dipersembahkan Siti adalah Lebih Indah, Ganti, Sehebat Matahari, Salju Kasihnya, Romansa Kita, Oda Bumi Anbiya, Aku Bidadari Syurgamu, Bukan Cinta Biasa, Kurniaan Dalam Samaran dan Biarlah Rahsia.

Bukan itu sahaja, Siti turut menyampaikan lagu-lagu yang membuatkan penonton tirit mental bersama di tempat duduk masing-masing seperti Debaran Cinta, Joget Senyum Memikat, Siapa Tak Mahu, Ganti, Cindai, Kurik Kundi dan  sebagainya.

Lebih bermakna, konsert anjuran Yayasan Nurjiwa iaitu pertubuhan amal diasaskannya bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa juga untuk membantu rakyat Palestin.

Sebahagian kutipan jualan tiket konsert itu juga akan disalurkan ke Sekolah Afwa Al-Afiyah di Gaza, Palestin yang mempunyai seramai 100 pelajar dan 10 guru serta ditubuhkan yayasan, empat tahun lalu.

Antara artis yang hadir memberi sokongan pada konsert ialah penyanyi Jaclyn Victor, Aisha Retno, Hael Husaini, Syamel, Ernie Zakri dan komposer Hafiz Hamidun.

Kali terakhir Siti mengadakan konsert di Axiata Arena menerusi Konsert Siti Nurhaliza On Tour pada 2019. – WILAYAHKU

 

 

 

 

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas