Berita

Kompleks Darul Kifayah Labuan raikan anak-anak yatim

- Diterbit 12 Julai 2019 1:55 AM MYT

SUMBANGAN. Kompleks Darul Kifayah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan mengadakan Sambutan Aidilfitri di Dewan Utama kompleks tersebut baru-baru ini.

Seramai 172 orang anak yatim yang terdiri daripada penghuni dan bukan penghuni Kompleks Darul Kifayah telah diraikan pada majlis tersebut.

Majlis disempurnakan Pengurus MAIWP Labuan, Ahmad Saifuddin Md. Tahir. Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada para penghuni Kompleks Darul
Kifayah serta duit raya kepada anak- anak yatim yang dijemput hadir dengan jumlah keseluruhan agihan bernilai RM9,789.

Turut hadir Timbalan Pengurus Pengurusan MAIWP Labuan, Mohamad Ruzaimi Ibrahim, ketua-ketua jabatan, guru-guru serta keluarga penghuni kompleks
berkenaan.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas