Berita

The Musketeers johan Kejohanan Ragbi kategori wanita

- Diterbit 12 Julai 2019 1:53 AM MYT

WANITA AKTIF. Kelab Sukan dan Rekreasi The Musketeers muncul sebagai johan bawah 20 tahun pada Kejohanan Touch Rugby Wanita 2.0 2019 baru-baru ini.

Kejohanan yang diadakan di Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad, Banting, Selangor itu turut disertai 20 pasukan wanita dari seluruh negara.

Menariknya, setiap peserta mendapat sokongan dan galakkan daripada ibu bapa mereka yang turut terlibat secara langsung sebagai sukarelawan termasuk menjadi jurulatih, pengurusan dan sebagainya.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas