Berita

IPD Putrajaya rai pegawai bersara

- Diterbit 12 Julai 2019 1:56 AM MYT

RAI. Majlis Meraikan Pertukaran & Persaraan Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis (PRP) dan Pegawai Awam Peringkat IPD Putrajaya yang berlangsung di Lobi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya baru-baru ini turut dimeriahkan dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Polis Rosly Hassan; Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan S. Vijaya Rao bersama Ketua – Ketua Bahagian, Ketua-Ketua Polis Balai, pegawai kanan, pegawai awam dan mereka yang diraikan hadir pada majlis tersebut.

Majlis dimulakan dengan ucapan Rosly disusuli ucapan balas oleh Deputi Superintendan Polis Mohd. Yazid Muhari yang mewakili 92 orang Pegawai Kanan, anggota serta pegawai awam yang bertukar dan bersara sejak Januari 2018 hingga Jun lalu. Majlis penyampaian cenderahati kepada mereka yang diraikan telah disempurnakan oleh Ketua Polis Daerah.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas