Berita

KLIA sedia terima penumpang dari Wuhan

KHEMAH untuk semua penumpang pesawat AirAsia dari Wuhan, China yang disediakan di KLIA.
- Diterbit 3 Februari 2020 11:40 AM MYT

PUTRAJAYA – Unit Kecemasan Udara (ADU) di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) bersedia menerima semua penumpang pesawat AirAsia dari Wuhan, China.

Kementerian Kesihatan (KKM) Putrajaya memaklumkan, seramai 167 penumpang termasuk enam kakitangannya akan melalui proses dikontaminasi di ADU sblm ke Pusat Pemantauan untuk kuarantin 14 hari.

“Waktu pesawat mendarat di KLIA belum dapat dipastikan kerana bergantung kepada tempoh masa proses saringan di Lapangan Terbang Wuhan, proses Imigresen dan kebenaran berlepas.

“Sepanjang tempoh penerbangan pulang, kakitangan KKM akan memantau kesihatan dan jika bergejala mereka akan diasingkan di tempat khas di bahagian hujung pesawat,” katanya menerusi status di Twitter rasminya kira-kira pukul 6.11 petang tadi.

Dalam pada itu, KKM turut menyatakan, pihaknya sentiasa mengutamakan langkah-langkah pencegahan dan kawalan infeksi sepanjang misi berkenaan.

Terdahulu, pesawat berkenaan berlepas dari KLIA pada pukul 3.50 petang tadi. – WILAYAHKU

JENTERA bomba turut disediakan di kawasan perkhemahan untuk semua penumpang pesawat AirAsia dari Wuhan, China di KLIA.
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas