Berita

KKSR anjur Fun Ride sahut seruan gaya hidup sihat

MOHD. AJIB (lima dari kanan) bersama sebahagian peserta JAWI Fun Ride di Kuala Lumpur pada 2 Februari lalu.
- Diterbit 14 Februari 2020 6:12 AM MYT

SERUAN. Bagi menyahut seruan membudayakan gaya hidup sihat dan alami, Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi (KKSR) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menganjurkan program JAWI Fun Ride sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2020 (SHWP 2020) pada 2 Februari lalu.

Program tersebut disertai Pengarah JAWI, Mohd. Ajib Ismail bersama 25 ahli kelab yang lain.

Aktiviti bermula seawal pukul 6.45 pagi bermula dengan sesi taklimat di Bangunan Kompleks Pusat Islam seterusnya berbasikal ke pusat bandar Kuala Lumpur.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas