Berita

Lafaz setia Pengakap Sekolah Putrajaya

PESURUHJAYA Daerah Putrajaya, Haslinda Abu Hassim menyerahkan sijil pendaftaran kumpulan Pengakap kepada seorang wakil dari sekolah terlibat.
- Diterbit 14 Februari 2020 6:09 AM MYT

KESETIAAN. Pemimpin Kumpulan Pengakap Sekolah Wilayah Persekutuan Putrajaya mengadakan mesyuarat (Bilangan 1/2020) di Bilik Gerakan Utama, Sekolah Sultan Alam Shah di sini barubaru ini.

Mesyuarat yang dihadiri 54 pemimpin kumpulan itu dimulakan dengan memperbaharui persetiaan pengakap sebelum diteruskan dengan penyampaian Sijil Pendaftaran
Kumpulan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(1) dan Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16(1) serta penyampaian sijil penghargaan kepada Nurul Aini Fadzilah, bekas Penolong Pesuruhjaya Daerah (PPKI SK).

Mesyuarat itu turut memberi gambaran perjalanan Latihan dan Program Pengakap Putrajaya 2020. Turut hadir Penolong-penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Putrajaya.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas