KK Group raikan Tahun Baru Cina dengan meriah
KK Chai (tengah) bersama staf syarikat pada Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Wisma KK, Seri Petaling baru-baru ini.

KK Group raikan Tahun Baru Cina dengan meriah

ERAT. Rumah Terbuka Tahun Baru Cina disambut meriah warga kerja KK Group di Wisma KK, Seri Petaling, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Program yang bermula seawal pukul 6 petang itu menarik 1,000 pengunjung terdiri daripada kakitangan syarikat KK Group, pembekal, rakan media, ahli perniagaan, keluarga dan sahabathandai yang membanjiri pekarangan Wisma KK.

Pengunjung disajikan dengan pelbagai hidangan melibatkan menu masyarakat tempatan selain dihiburkan dengan persembahan nyanyian serta dentuman bunga api.

Tradisi sambutan perayaan dimulakan seawal pagi bagi upacara keagamaan, pertunjukan tarian singa dan disusuli dengan pemberian ang pow kepada semua kakitangan.

Datuk Seri Dr. KK Chai selaku Pengasas dan Pengerusi Eksekutif syarikat bersama isteri turut serta membuat lawatan ke semua anak syarikat KK Group di sekitar Kuala Lumpur bagi memeriahkan suasana sebagai tanda kesyukuran.

CATEGORIES