Berita

Mulia Musketeers tawan Touch Rugby

PESERTA menunjukkan pingat yang dimenangi dalam kejohanan Touch Rugby di Kolej Matrikulasi Selangor, Banting baru-baru ini.
- Diterbit 21 Februari 2020 5:53 AM MYT

JOHAN. Pasukan Mulia Musketeers dari Putrajaya dinobatkan sebagai johan keseluruhan pertandingan Touch Rugby Perempuan Bawah 19 Tahun yang dianjurkan di Kolej Matrikulasi Selangor, Banting pada 8 hingga 9 Februari lalu.

Kejayaan itu membuktikan komitmen jurulatih serta pemain yang bermotivasi di samping sokongan ibu bapa yang sentiasa hadir dalam setiap sesi latihan.

Lebih menarik apabila pemain yang mula berlatih sejak berusia sembilan tahun dinobatkan sebagai pemain terbaik kategori wanita bawah 19 tahun di kejohanan yang sama kerana mempamerkan aksi cemerlang.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas