Berita

Kit pembelajaran Know It All Box tingkat potensi minda kanak-kanak

Qutren Nada Ahmad berharap Know It All Box boleh membantu ramai ibu bapa di luar sana dalam meningkatkan potensi minda kanak-kanak seawal tiga tahun.|Majlis pelancaran kit pembelajaran Know It All Box di Aberdeen Club House
- Diterbit 12 April 2021 4:16 AM MYT

KANAK-kanak ibarat kain putih yang perlu dicorakkan oleh ibu bapa supaya menjadi pelapis generasi negara. Pendidikan awal kanak-kanak amat penting dalam menentukan hala tuju kehidupan mereka pada masa akan datang.

Antara langkah terbaik untuk menambah baik dan meningkatkan potensi minda kanak-kanak adalah dengan kit pembelajaran yang dikenali sebagai Know It All Box yang dilancarkan oleh Green Bag by CIC.

Mengambil contoh sistem pembelajaran dari negara maju yang berasaskan play and learn, produk keluaran anak syarikat CIC Where Leaders Are Born (CIC) itu akan dapat membantu menyediakan peluang pembelajaran yang akan merangsang minda kanak-kanak dalam lingkungan umur antara tiga hingga tujuh tahun.

KETUA Pegawai Eksekutif CIC, Qutren Nada Ahmad berharap Know It All Box boleh membantu ramai ibu bapa di luar sana dalam meningkatkan potensi minda kanak-kanak seawal tiga tahun.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Qutren Nada Ahmad berkata, Know It All Box merupakan kit pembelajaran selama 12 bulan yang mengandungi pelbagai aktiviti dan mempunyai tema yang sangat menarik kanak-kanak.

Antara temanya ialah Yes, I Can Do It, When I Grow Up, Down On The Farm dan CIC’s Pocket, My Mother/My Queen/My Teacher& My Happiness, Food & Nutrition serta A Box To The World.

“Selain aktiviti ini berasaskan kepada eksperimen sains, lukisan dan kemahiran, selain itu, ia juga memfokus kepada 3 E iaitu experience, experiment dan exploration yang membantu kanak-kanak merasai sendiri pengalaman yang terkandung dalam kit tersebut.

“Lebih menarik, melakukan aktiviti tersebut bersama anak-anak di hujung minggu akan membantu mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan selain membantu ibu bapa membimbing proses pembelajaran di rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran kit pembelajaran baharu itu di Aberdeen Club House, Cyberjaya, baru-baru ini.

“Kami menyediakan 1,000 kit pembelajaran ini untuk dilanggan oleh ibu bapa, guru tadika dan juga pengasuh kanak-kanak, kami yakin ia akan mendapat sambutan yang baik daripada pelanggan,” jelasnya yang menjelaskan Know It All Box perlu dilanggan oleh ibu bapa dengan kadar bayaran RM118 untuk hanya sebulan dengan menerima empat aktiviti di dalam kotak berkenaan.

Majlis pelancaran kit pembelajaran Know It All Box di Aberdeen Club House, Cyberjaya, baru-baru ini.

Bagaimanapun, jika ibu bapa melanggan selama 12 bulan, kadar bayarannya hanya RM69 sahaja untuk setiap bulan, ini menunjukkan syarikat telah memberi potongan harga yang menarik untuk langganan pakej tersebut.

Syarikat juga mempelawa orang ramai di luar sana untuk menjadi ejen menjadi perunding pendidikan untuk berkongsi ilmu melalui produk berkenaan selain menambah pendapatan tambahan bulanan.

KANAK-KANAK cukup tertarik dengan kit pembelajaran baharu yang mempunyai tema-tema tertentu.

Sementara itu, pada majlis berkenaan, CIC telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan Global Art untuk menjadi rakan kerjasama dalam bidang seni kreatif.

Majlis tersebut telah disaksikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas