Khiew Hoe Yean sapu lapan emas
KEPANTASAN Hoe Yean (tengah) berjaya mendominasi acara individu.

Khiew Hoe Yean sapu lapan emas

KUALA LUMPUR – Perenang muda negara, Khiew Hoe Yean teruja memulakan tahun 2020 dengan langkah kanan apabila menyapu bersih lapan pingat emas menerusi kemenangan lapan acara individu dalam Kejohanan Renang Remaja Peringkat Umur Kebangsaan yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, 5-8 Mac 2020.

Ujar Hoe Yean, walaupun mendominasi acara individu dalam kejohanan itu, dia masih memerlukan banyak pendedahan bagi menghadapi cabaran lebih besar selepas ini.

“Prestasi dalam kejohanan ini agak baik memandangkan tahap saya lebih tinggi berbanding mereka. Saya sepatutnya bersaing dengan perenang yang berusia lebih 18 tahun ke atas dalam usaha meningkatkan prestasi,” katanya.

Kontingen Wilayah Persekutuan ternyata mendominasi kejohanan edisi kali ini apabila memungut 57 pingat emas, 40 pingat gangsa dan 34 pingat gangsa.

Selain Hoe Yean, penyumbang terbesar pingat bagi Wilayah Persekutuan adalah perenang Alma Louise Dahl (9 emas) dan Muhammad Dhuha (8 emas).

Perenang muda berusia 18 tahun kelahiran Kuala Lumpur ini masih menyimpan hajat untuk beraksi dalam temasya berprestij, Sukan Olimpik Tokyo 2020, namun perlu mencatatkan sekurang-kurangnya 2:10:35 saat bagi acara dominannya, 200 meter kuak lentang.

CATEGORIES
TAGS