DALAM keadaan krisis ekonomi yang sangat mencabar sekarang, sesiapa pun sanggup melakukan apa sahaja demi meneruskan kehidupan.
Begitu juga dengan bekas penyerang skuad kebangsaan Malaysia Kebangaan ramai, Khalid Jamlus telah melelong kasut emas yang dimenanginya pada musim 2002 dengan harga RM10,500 semalam melalui bidaan di LIVE Facebook (-Khalid Jamlus-)

Dalam masa yang sama, ramai sebenarnya bertanya apakah alasan Khalid Jamlus melelong koleksi peribadinya yang mempunyai nilai sentimental dan kenangan manis sepanjang bergelar pemain bola sepak.
Berdasarkan luahan yang dikongsikan sendiri oleh Khalid Jamlus dalam sesi bidaan itu, beliau sudah 3 tahun tidak mempunyai kerja dan mungkin faktor kewangan menjadi punca utama lelongan tersebut dilakukan.

Selain kasut kemas, barangan lain yang turut dilelong semasa sesi lintas langsung Facebook tersebut adalah poster, jersi serta medal yang pernah dimenangi sepanjang karier beliau telah dibuka untuk bidaan semalam.
Dalam ruangan komen di Facebook miliknya, Khalid jugak menyatakan apa yang dilakukannya adalah kerana terpaksa.

Beliau juga menjelaskan, jangan membuat andaian yang tidak sepatutnya kerana beliau tidak menyusahkan sesiapapun sebaliknya terus berusaha untuk meneruskan kehidupan.
WILAYAHKU mendoakan segala urusan Khalid Jamlus dipermudahkan dan terus dimurahkan rezeki. – WILAYAHKU
Sumber: Facebook -Khalid Jamlus-