Selebriti

“Kalau Menarik, Orang Tetap Ke Pawagam” – SYAFIE NASWIP

|SYAFIE Naswip antara pelakon filem yang disegani ramai
- Diterbit 4 Julai 2020 2:47 AM MYT

TKORAN  pandemik Covid-19 melanda negara, banyak industri tenat sehingga wujudnya krisis ekonomi.

 Industri perfileman adalah antara yang turut terjejas apabila pawagam ‘sepi’ lebih tiga bulan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun, pawagam kini kembali dikunjungi semula biarpun penganjur perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Dalam masa yang sama, tempoh PKP yang lepas membuatkan ramai yang sudah selesa menonton filem atas talian seperti di Nexflix, Iflix, Ewayang dan sebagainya. 

Adakah ‘kegilaan’ terhadap filem atas talian boleh mengancam pendapatan pawagam?

SYAFIE Naswip antara pelakon filem yang disegani ramai

Pelakon Syafie Naswip menganggap  situasi ini ada kelebihan dan kekurangannya. 

“Bagi saya dalam hal ini ada kelebihan dan kekurangannya. Pawagam adalah tempat kita menonton filem dari dulu sampailah sekarang.

“Walaupun dalam dunia moden sekarang filem boleh ditonton secara atas talian seperti di Netflix atau Iflix, tapi tidak semua filem ditayangkan di situ. Begitulah juga sebaliknya, tidak semua filem ditayangkan di pawagam.

“Jadi sini, kita ada dua cara atau medium untuk menonton wayang. Boleh layan filem di rumah atau mahu bersama kawan-kawan ke pawagam. 

“Iyalah.. kalau asyik di rumah pun bosan juga. Jadi kita boleh jugak ke pawagam. Ini kerana ada filem di pawagam, tidak ada ditayangkan secara online.

“Bagi saya tidak timbul soal orang tidak ke pawagam. Selagi pawagam menawarkan filem-filem yang menarik dan menepati cita rasa ramai, sudah tentu ramai yang akan ke sana.” – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas