Selebriti

“Jangan Sia-siakan Peluang” – NABILA RAZALI

|NABILA Razali popular dengan lagu Peluang Kedua
- Diterbit 4 Julai 2020 10:30 PM MYT

DALAM kegelisahan anak-anak muda yang kehilangan pekerjaan akibat wabak Covid-19, satu khabar gembira dari Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) membuatkan mereka berasa begitu lega. 

KWP akan mewujudkan 1,000 lot perniagaan baharu seperti kios dan trak makanan kepada golongan muda di beberapa lokasi strategik di ibu negara dan Putrajaya dengan bayaran sewa bulanan yang berpatutan.

Berita baik ini turut menarik perhatian penyanyi remaja Nabila Razali yang memahami saat-saat sukar golongan muda dalam membina ekonomi diri.

“Umum mengetahui, penularan wabak Covid-19 ini memang menjejaskan ekonomi negara sehingga ramai kehilangan pekerjaan. 

NABILA Razali popular dengan lagu Peluang Kedua

“Boleh dikatakan semua sektor pekerjaan menerima tempiasnya termasuklah kami golongan penyanyi yang masih belum boleh membuat persembahan secara terbuka. 

“Saya tumpang gembira atas berita baik untuk golongan muda ini. Cuma nasihat saya, jangan sia-siakan peluang yang diberikan. Peluang bukan selalu datang.

“Apabila ada peluang untuk berniaga nanti, buatlah sungguh-sungguh. Apa yang penting selidik dahulu dalam sesuatu perniagaan yang  dimulakan. 

“Bersyukurlah kita mempunyai kerajaan yang prihatin terhadap rakyat,” jelas Nabila Razali yang sedang popular dengan lagu Peluang Kedua ciptaan Hael Husaini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas