Berita

Kes kematian ke-24 akibat Covid-19 direkodkan

Gambar hiasan
- Diterbit 27 Mac 2020 3:33 AM MYT

PUTRAJAYA – Satu kes kematian akibat jangkitan wabak Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah terkini kumulatif di Malaysia adalah 24 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes kematian ke-24 (kes ke-1056) merupakan rakyat tempatan berusia 35 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada awal Mac lalu.

“Dia mula bergejala lima hari sebelum dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 18 Mac. Hasil ujian pengesahan Covid-19 didapati positif pada 20 Mac lalu.

“Kesihatan dia merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia pada pukul 9.30 malam, semalam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas