Berita

Titijaya Land serah 10,000 topeng muka kepada KWP

Khusus untuk digunakan petugas barisan hadapan Kementerian Wilayah Persekutuan
ANNUAR mencuba topeng muka yang disumbangkan kepada kementeriannya.
- Diterbit 27 Mac 2020 1:41 AM MYT

PUTRAJAYA – Titijaya Land Berhad melalui Pengarah Kumpulan Urusannya, Tan Sri Lim Soon Peng menyerahkan sumbangan 10,000 topeng muka kepada Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) khusus untuk digunakan petugas barisan hadapan.

Sumbangan tersebut diserahkan kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa di pejabatnya.

Menurut jurucakapnya, Datuk Faizal Abdullah, sumbangan tersebut susulan beberapa penyerahan topeng muka yang dibuat kepada beberapa kementerian lain sebelum ini antaranya Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Pertahanan.

“Sumbangan akan terus diserahkan kepada kementerian-kementerian lain yang memerlukan selepas ini.

“Pemberian ini lebih kepada petugas barisan hadapan dan di KWP, jumlahnya hanya 10,000 kerana petugas barisan hadapan adalah daripada pihak berkuasa tempatan dan tidak begitu ramai,” katanya kepada Wilayahku.

Mengulas lanjut, Faizal memberitahu, sebagai syarikat korporat, Titijaya Land Berhad merasa terpanggil untuk membantu kerajaan menangani penularan wabak Covid-19 di negara ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas