Berita

Kes kematian Covid-19 ke-24 ada rekod ke Indonesia

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH (tengah)
- Diterbit 27 Mac 2020 7:11 AM MYT

PUTRAJAYA – Satu lagi kes kematian berkaitan Covid-19 telah dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan menjadikan jumlah kumulatif di Malaysia sebanyak 24 orang setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes kematian ke-24 (kes ke-1056) itu merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 35 tahun.

Katanya, pesakit mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada awal Mac lalu.

Tambah beliau, pesakit mula menunjukkan gejala lima hari sebelum dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac lalu.

“Hasil ujian pengesahan Covid-19, pesakit telah didapati positif pada 20 Mac lalu dan kesihatannya merosot hari demi hari.

“Pesakit telah disahkan meninggal dunia pada 26 Mac pukul 9.30 malam,” ujarnya dalam laman Facebooknya hari ini.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas