Berita

Kerajaan baharu Jordan dapat sokongan parlimen

- Diterbit 14 Januari 2021 3:42 AM MYT

KERAJAAN baharu Jordan yang diketuai Perdana Menteri Bishr Al-Khasawneh mendapat sokongan parlimen pada Rabu.

Agensi Anadolu melaporkan seramai 88 ahli parlimen menyokong kerajaan sementara 38 lagi menentang.

Semasa berucap sebelum pengundian usul undi tidak percaya dijalankan, Al-Khasawneh berkata kerajaan tidak akan berkompromi dengan hak perlembagaan dan menggalas tanggungjawab itu.

Raja Jordan Raja Abdullah II pada 7 Oktober melantik Al-Khasawneh untuk membentuk kerajaan baharu menggantikan pemerintahan Omar Al-Razzaz. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas