Berita

UAE ratifikasi perjanjian pengecualian visa dengan Israel

- Diterbit 14 Januari 2021 4:05 AM MYT

EMIRIAH Arab Bersatu (UAE) pada Rabu meluluskan perjanjian pengecualian visa dengan Israel, memetik kenyataan Kementerian Luar Israel lapor Agensi Anadolu.

Perjanjian berkenaan akan berkuat kuasa dalam tempoh 30 hari dan warga Israel boleh ke UAE tanpa visa, menurut kenyataan itu.

Dengan penguatkuasaan perjanjian itu UAE menjadi negara Arab pertama yang rakyatnya boleh memasuki Israel tanpa visa.

Pada 15 September tahun lalu Israel dan UAE menandatangani perjanjian memulihkan hubungan diplomatik yang ditaja Amerika Syarikat, langkah yang kemudian diikuti Bahrain serta Sudan dan baru-baru ini Maghribi.

Perjanjian itu menerima kecaman hebat rakyat Palestin, kerana menganggap kesepakatan akan mengabaikan lagi hak dan kepentingan Palestin. – BERNAMA

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas