Berita

Keputusan tepat KOM

KOM-AKSI
ANDRE ANURA berjaya pecah rekod negara. - Gambar hiasan
- Diterbit 11 Januari 2020 7:32 AM MYT

Oleh MUHAMAD NABEEL
[email protected]

KUALA LUMPUR – Keputusan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) membatalkan penyertaan atlet negara dalam Kejohanan Olahraga Dalam Dewan di Tehran, Iran adalah langkah tepat memandangkan negara terbabit sedang bergolak.

PRESIDEN KOM
MUTHU

Perkara itu dinyatakan Presiden KOM, Datuk S.M. Muthu selepas mendapat maklum balas daripada Kedutaan Malaysia di republik tersebut di samping mengambil kira aspek keselamatan atlet yang akan ke sana.

“Keputusan dibuat beberapa jam sebelum atlet berlepas ke sana bagi memastikan keselamatan mereka terjamin,” katanya.

Terdahulu, KOM merancang untuk menghantar 5 orang atlet negara ke kejohanan tersebut termasuk pemenang pingat perak Sukan SEA Manila 2019 dalam acara Lompat Jauh, Andre Anura Anuar yang turut memecahkan rekod kebangsaan 8.02 meter milik Josbert Tinus selama 12 tahun.

Dalam pada itu, Andre Anura bersama rakan lain terpaksa akur dengan keputusan KOM dan perlu kembali fokus dalam sesi latihan bagi mempersiapkan diri menghadapi Kejohanan Dalam Dewan Asia di China bulan depan.

Katanya, keputusan KOM adalah yang terbaik dan krisis di Iran merupakan faktor utama kami tidak beraksi di sana.

Sebagai rekod, World Athletics menyatakan, jarak kelayakan lompatan Sukan Olimpik Tokyo 2020 bagi kategori lelaki adalah 8.22 meter dengan tempoh kelayakan berakhir pada 29 Jun nanti.

Atlet juga layak menerusi sistem raking baharu dunia dan juga ‘wildcard’ jika tidak ada satu pun atlet layak menerusi merit dari negara masing-masing. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas