Berita

Kenderaan bawa sayur, makanan tidak disekat

- Diterbit 26 Mac 2020 9:31 AM MYT

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador telah memberi jaminan bahawa kenderaan yang membawa bahan mentah dan makanan akan diberi laluan mudah.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, polis tidak akan menyekat kenderaan yang membawa bahan mentah seperti sayur-sayuran serta barangan keperluan makanan lain sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

“Beberapa isu fitnah telah dikeluarkan kononnya di Cameron Highlands, kenderaan yang membawa sayur tidak dibenarkan keluar dan itu adalah tidak benar.

“Kenderaan ini akan diberikan laluan mudah iaitu tiada sekatan jalan raya dan KPN (Abdul Hamid) telah memberikan jaminan,” katanya.- WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas