Berita

110 ditahan langgar Perintah Kawalan Pergerakan

JPJ WP Labuan melakukan operasi sekatan jalan raya bagi memastikan warga Labuan mematuhi undang-undang.
JPJ WP Labuan melakukan operasi sekatan jalan raya bagi memastikan warga Labuan mematuhi undang-undang.
- Diterbit 26 Mac 2020 9:58 AM MYT

KUALA LUMPUR -Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan kira-kira 110 tangkapan membabitkan kesalahan melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan itu dibuat setelah beliau menerima mesej daripada rakyat yang mahukan pihak polis mengenakan tindakan tegas terhad orang ramai yang melanggar arahan tersebut.

“Saya telah memberikan peringatan beberapa kali sebelum ini, bahawa cara polis akan berubah daripada nasihat yang berhemah kepada tindakan yang lebih tegas.

“Rakyat tidak mahu hanya kerana lima peratus yang degil, namun kesannya (penularan Covid-19) adalah kepada 95 peratus rakyat yang akur terhadap arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan,” katanya dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur di sini hari ini.

Kata Ismail Sabri lagi, pihak polis juga akan memberikan perhatian terhadap kawasan-kawasan tumpuan iaitu kawasan merah seperti di Masjid Seri Petaling dan Pasar borong Selayang dan sebagainya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata 163,487 kenderaan telah diperiksa dalam sekatan jalan raya dan polis juga telah melakukan pemeriksaan mengejut terhadap 1,719 kawasan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas