Berita

Tangani kemelut KLFA dengan baik – Khalid

- Diterbit 5 September 2019 5:33 AM MYT

Oleh NAZWIN NAZRI
[email protected]

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd. Samad akan memastikan kemelut yang melanda Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) ditangani dengan baik.

Tegas beliau, KLFA perlu diletakkan di bawah kepimpinan yang jelas supaya usaha-usaha untuk menjaga kedudukannya sebagai salah satu pasukan dalan Liga Super dipertahankan.

“Saya tidak berapa tahu perkembangan dalaman KLFA tetapi akan bagi tumpuan untuk selesaikannya.

“Persoalan peralihan kepimpinan ini, saya ingat hanya dalam politik tetapi kelab bola sepak pun ada masalah, kita akan tangani dan buat terbaik,” katanya.

Tambah Khalid, beliau mengharapkan supaya KLFA dapat menjadi pasukan terbaik di negara ini.

Sebelum ini, media melaporkan kumpulan 16 kelab ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) mempersoalkan tindakan pengurusan badan induk itu yang tampak sengaja melengah-lengahkan Kongres Ke-31 pemilihan yang sepatutnya diadakan sebelum atau pada 31 Mei ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas