PUSAT Beli-Belah Alamanda kembali dengan Karnival VIKids bermula dari 23 Februari sehingga 10 Mac 2024 dengan menjanjikan pengalaman imersif buat ahli VIKids dan keluarga.
Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Francis Tan berkata seiring dengan kehadiran cuti sekolah, kempen yang berlangsung selama 17 hari ini direka khas untuk memberikan keseronokan selari elemen pendidikan
“Kempen ini amat istimewa dan merupakan bukti. Ruang Centre Court dihiasi dengan khemah berwarna putih dan merah yang akan menjadi sebagai tumpuan kepada pelbagai permainanan karnival yang menyeronokkan, permainan arked, aktiviti kraf serta seni bina,” ujar beliau.
Sebarang pembelian yang berjumlah RM300 dan ke atas yang dilakukan di mana-mana kedai terpilih bakal menerima selimut kanak-kanak esklusif ‘We Bare Bear’ tajaan Miniso.
Untuk mengambil bahagian di karnival, ahli VIKids berpeluang menebus sekeping karnival pas harian secara percuma jelasnya kanak-kanak yang bukan ahli VIKids berpeluang untuk mendaftar sebagai ahli dengan pembelian bernilai sekurang-kurangnya RM50 di dalam satu resit. – WILAYAHKU