Berita

Kanak-kanak 1Razak Mansion terima bantuan sekolah

NORAZIZUL (tengah) bergambar bersama kanak-kanak yang menerima sumbangan persekolahan tahun 2020 di 1Razak Mansion, Kuala Lumpur baru-baru ini. NORAZIZUL (tengah) bergambar bersama kanak-kanak yang menerima sumbangan persekolahan tahun 2020 di 1Razak Mansion, Kuala Lumpur baru-baru ini.
- Diterbit 10 Januari 2020 3:39 AM MYT

KUALA LUMPUR – Seramai 55 kanak-kanak melonjak kegembiraan apabila menerima sumbangan peralatan persekolahan tahun 2020 daripada Persatuan Penduduk 1Razak Mansion di sini baru-baru ini.

Pengerusi Persatuan Penduduk 1 Razak Mansion, Norazizul Abdul Aziz berkata, program yang julung-julung kali diadakan itu dapat membantu memberikan aspirasi kepada anak-anak untuk kembali ke alam persekolahan.

Beliau menyatakan, majlis penyampaian sumba­ngan itu turut dimeriahkan dengan sesi ceramah motivasi khas kepada anak-anak dan ibu bapa yang hadir.

‘’Ucapan penghargaan dan terima kasih diberikan kepada semua Ahli Jawatankuasa persatuan yang terlibat dalam membantu mempastikan majlis ini dapat dijalankan dengan lancar.

‘’Kita berharap majlis sebegini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang. Pada tahun 2020, pelbagai program dan aktiviti telah disusun oleh Persatuan Penduduk 1Razak Mansion untuk manfaat serta faedah penduduk setempat,’’ katanya selepas menyempurnakan penyampaian sumbangan persekolahan tersebut di pangsapuri tersebut baru-baru ini.

Selain itu, Norazizul turut mengadakan sesi pendaf­taran ahli baharu persatuan penduduk berkenaan.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas