Berita

“Kami Sempat Mesra” – NORYN AZIZ Rindu Arwah Ayah Mertua

Noryn memohon agar semua mendoakan agar arwah bapa mertanya ditempatkan dalam golongan orang beriman. Amin..
- Diterbit 17 Oktober 2020 3:34 AM MYT

RINDU yang paling sakit adalah rindu kepada orang yang telah meninggalkan kita buat selama-lamanya.

Begitulah yang dialami oleh penyanyi Noryn Aziz yang kehilangan bapa mertuanya Datuk Shaik Sulaiman Ismail, malam tadi. 

Walaupun baru kenal, Noryn meluahkan rasa bertuah sempat mengenali arwah yang disifatkannya mempunyai hati yang sangat baik.

“Al Fatihah buat abah, mertua tersayang. Pada Jumaat (semalam) yang berkah ini Abah meninggalkan kami. Hari yang mulia dan segalanya dipermudahkan Allah s.w.t.

“Walaupun Noryn baru kenal abah. Alhamdulillah kami sempat mesra dan saling sayang menyayang.

Most beautiful things he ever said was, ‘thank you for your love’ and ‘when is the big day?’

“Masya Allah, I only hear good things about you abah. Beautiful soul, warmth, loving and stylish.

“Semoga Allah s.w.t. merahmati dan memberkati Abah dan sentiasa pelihara arwah abah dengan sebaiknya. Juga diletakkan (ditempatkan) di kalangan orang beriman.

“Stay strong sayang #shaikrizal.  You are amazing,” tulisnya di instagram miliknya.

DI instagram story, Noryn memohon agar semua mendoakan agar arwah bapa mertanya ditempatkan dalam golongan orang beriman. Amin..

Pada masa yang sama, juara Gegar Vaganza musim kelima ini juga memohon sesiapa yang mengenali Allahyarham untuk mendoakan serta memaafkan segala kesilapannya.

Noryn dan suaminya ahli perniagaan Shaik Rizal Shaik Sulaiman bernikah pada 13 Oktober baru-baru ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas