Berita

Kakitangan dakwah JAWI santuni pesakit di HKL

|MARRIYANI (tengah) bergambar bersama kakitangan HKL selepas melakukan aktiviti ziarah pesakit di Wad 23 hospital itu baru-baru ini.
- Diterbit 1 November 2019 7:03 AM MYT

SANTUN. Bahagian Pengurusan Dakwah melalui Unit Kebajikan Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menjalankan aktiviti ziarah pesakit di Wad 23, Hospital Kuala Lumpur (HKL) baru-baru ini.

Program ziarah itu diketuai Penolong Pengarah Unit Kebajikan Islam, Marriyani Mohamad bersama enam pegawai dan kakitangan Bahagian Pengurusan Dakwah.

Seramai 41 pesakit telah disantuni dengan masing-masing menerima sumbangan barangan keperluan harian dan risalah panduan ibadah pesakit.

Peserta ziarah turut meluangkan masa beramah mesra dengan para pesakit dan ahli keluarga serta turut sama mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan mereka.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas