Selebriti

Kakak dan keluarga positif COVID-19, Alyah mohon doa warganet

- Diterbit 15 Jun 2021 8:14 PM MYT

PENYANYI popular Alyah memohon kepada rakan-rakan dan warganet agar mendoakan kakaknya dan keluarga yang disahkan positif COVID-19.

Melalui media sosial Instagram (IG) miliknya, Alyah meluahkan rasa sedih apabila tidak dapat menahan sedih melihat dugaan yang dilalui oleh mereka.

“Beratnya dugaan kakak aku ya Allah swt.Dan aku hanya mampu berdoa dari kejauhan.

“Wahai sahabat Instagram (IG) ku, sesungguhnya aku buntu kerna aku tidak mampu berbuat apa-apa kecuali berdoa.

“Duduklah di belakangku bersama berdoa dengan ku. Buat kakakku yang berada di wad C19 (COVID-19), abang iparku yang dikuarantinkan, seorang anak saudaraku yang telah dikomakan,seorang lagi yang dikuarantinkan di Pasir Gudang dan 3 orang dikuarantin di rumah. Dugaan besar buat keluarga kakakku.

“Terima kasih atas doanya wahai sahabat IG ku,” tulisnya.
Dalam pada Itu, Alyah juga memohon kepada pihak berkenaan agar menghentikan operasi kilang buat sementara waktu.

“Aku benar-benar harap kilang-kilang yang tak sepatutnya beroperasi ditutup sementara wabak ini tidak dapat dibendung.

“Kakakku berniaga di kafe sebuah kilang di Gelang Patah (yeh brother). Semasa keputusan kedua anak saudaraku (anak kakak) positif COVID-19, kilang terbabit masih beroperasi dan kilang terbabit adalah kilang perabot,” luahnya lagi.

Di ruangan komen hantaran tersebut, ramai warganet termasuk rakan-rakan selebriti yang turut mendoakan antaranya ialah Haiza, Catriona Ross, Kelly Azman, Roslan Shah, Feeya Iskandar, DJ Sonic dan ramai lagi.

Sama-sama kita doakan agar keluarga kakak Alyah terus diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk melalui dugaan ini. Amin.. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas