Berita

Kajian papar majoriti hanya cukup makan sebulan

PAK MAN Mee Jawa sentiasa diminati pengunjung.
- Diterbit 9 April 2020 6:55 AM MYT
PUTRAJAYA – Majoriti masyarakat Malaysia tidak bersedia dalam aspek kewangan sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan yang mana simpanan kewangannya hanya bertahan kurang daripada satu bulan.
Mengikut data yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan (DOSM) menerusi servei khas Kesan Covid-19 kepada ekonomi dan individu yang dijalankan ke atas 168,182 responden, simpanan kewangan bagi 69.7 peratus pekerja tempoh kurangdaripada satu tahun hanya bertahan kurang daripada satu bulan.
Berdasarkan servei yang dijalankan dalam tempoh 23 hingga 31 Mac itu juga, 63.2 peratus pekerja yang berkhidmat dalam tempoh 1-3 tahun turut mengalami masalah simpanan kewangan yang sama.
Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, keadaan itu juga melibatkan lebih dua per tiga daripada 168,182 responden (71.4%) yang bekerja sendiri yang mana mereka juga mempunyai simpanan yang hanya mencukupi kurang daripada 1 bulan.
“77.2 peratus majikan dan 82.7 peratus pekerja swasta pula mempunyai simpanankewangan yang mencukupi sehingga dua bulan.
“Manakala 78.9 peratus pekerja syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan 75.2 peratus pekerja multinasional (MNC) mempunyaisimpanan kewangan yang mencukupi sehingga empat bulan,” katanya.
Mohd. Uzir turut memaklumkan daripada servei yang dijalankan itu, hanya pekerja MNC dan GLC lebih bersedia dari segi kewangan sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan Sepenuhnya(Total Lockdown) dilaksanakan.
Ujar beliau, berdasarkan kajian bagi impak kewangan dalam menghadapi tempoh PKP, didapati hanya 6.2 peratus responden kurang terkesan dari segi kewangan manakala 52.6 peratusresponden pula menyatakan sangat terkesan.
“Antara negeri yang sangat terkesan dalam menghadapi tempoh PKP adalahSabah (66.7%), diikuti Kelantan (65.5%) dan Perlis (64.0%).
“Selain itu, kajian juga mendapati 46.6 peratus individu yang bekerja sendiri akan kehilangan pekerjaan dan pada masa sama 94.8 peratus melaporkan pengurangan pendapatan bulanan. Ia jelas bagi sektor pertanian dan perkhidmatan,” ujarnya. – WILAYAHKU
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas