Berita

Jumlah pesakit PUI di pusat kuarantin menurun

FARY menyerahkan sumbangan PL yang berupa kelengkapan face shield kepada petugas barisan hadapan di Wisma Perbadanan Labuan hari ini.
- Diterbit 15 April 2020 3:29 PM MYT

LABUAN – Jumlah bilang pesakit bawah siasatan (PUI) di dua pusat kuarantin di pulau ini mencatatkan penurunan hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Labuan, Dr Fary Akmal Osman berkata, Institut Latihan Perindustrian ( ILP ) menempatkan seramai 108 PUI dan 78 pesakit PUI di Giat Mara.

“Mereka yang dikenakan arahan untuk dikuarantin di rumah, hotel dan di pusat kuarantin tidak menunjukkan sebarang gejala Covid-19.

“Bagaimanapun, mereka (pesakit) tertakluk kepada penilaian harian dan hanya dibenarkan keluar apabila tidak ada mempunyai sebarang gejala Covid-19,” katanya dalam sidang akhbar di Bilik Gerakan, Wisma Perbadanan Labuan hari ini.

Fary yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan (PL) berkata, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Labuan akan melaksanakan pengurusan saringan di pintu masuk pulau ini.

“Setiap individu yang tiba dari luar Labuan menerusi lapangan terbang dan terminal feri akan melalui saringan yang dilakukan Jabatan Kesihatan.

“Setiap penilaian risiko akan dibuat oleh Jabatan Kesihatan berdasarkan simptom, sejarah perjalanan atau mempunyai kontak dengan pesakit PUI,” katanya.

Tambah Fary, semua individu yang akan dikuarantin di Pusat Kuarantin, hotel dan rumah akan melalui penilaian harian (Annex-14) dan dibebaskan jika tidak mempunyai simptom wabak Covid-19 (Annex -17). – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas