Berita

JPJ Wilayah Persekutuan Labuan anjur pertandingan rekaan grafik

MOHAMMAD AFDHAL menyampaikan watikah pelantikan pertambahan kepada salah seorang jurulatih kadet JPJ Wilayah Persekutuan Labuan baru-baru ini.
MOHAMMAD AFDHAL menyampaikan watikah pelantikan pertambahan kepada salah seorang jurulatih kadet JPJ Wilayah Persekutuan Labuan baru-baru ini.
- Diterbit 26 Julai 2019 12:18 AM MYT

PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Labuan menganjur pertandingan rekaan grafik ‘Kampen Keselamatan Jalan Raya’ sempena Perhimpunan Setia Bulanan baru-baru ini.

Pengarahnya, Mohammad Afdhal Mohd. Ruslan berkata, pertandingan tersebut diadakan bagi memberi fokus elemen pendidikan berkaitan mesej keselamatan jalan raya seiring perkembangan teknologi.

Ujar beliau, program tersebut merupakan anjuran bersama pihaknya, Kementerian Pendidikan, Kelab Kebajikan Rekreasi dan Jabatan Muzium Labuan.

“Program ini dapat mengasah bakat ahli kadet JPJ dalam pengendalian teknologi berasas komputer bagi rekaan grafik.

“Kita fokus kepada empat aspek utama iaitu keselamatan jalan raya, kesukarelawan, perpaduan dan patriotisme,” katanya.

Menurut Mohammad Afdhal, rekaan grafik yang menang akan digunakan dalam Kempen Keselamatan Jalan Raya pada masa hadapan.

Tambahnya, bagi menggalakkan penyertaan rekaan grafik dalam kalangan ahli kadet, pertandingan tersebut dilanjutkan sehingga akhir Julai manakala penyampaian hadiah akan disempurnakan pada Ogos ini.

Pada majlis itu, beliau turut menyerahkan watikah pelantikan pertambahan jurulatih kadet JPJ Wilayah Persekutuan Labuan.

Sebanyak enam buah sekolah di Labuan yang meyediakan kokurikulum kadet JPJ.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas