Berita

JPBD pergiat langkah pengesanan kes aktif dilokaliti Saguking

RITHUAN (kanan,belakang) meninjau sendiri kerja-kerja ujian saringan yang dilaksanakan oleh Jabatan
- Diterbit 24 Julai 2021 2:00 AM MYT

MESKIPUN Wilayah Persekutuan Labuan kini mencatatkan penurunan angka kes positif COVID-19, namun Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Labuan dan Jabatan Kesihatan Negeri Labuan terus melaksanakan langkah pencegahan wabak itu giat dijalankan bagi memastikan Labuan bebas dari wabak itu.

Pengerusinya, Rithuan Ismail berkata, langkah pencegahan seperti pengesanan kes aktif (ACD) masih dipergiatkan dikawasan penempatan setingan khususnya di beberapa lokaliti yang didiami oleh warga asing.

Katanya, JPBD dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Labuan melaksanakan pengesanan kes aktif dikawasan Saguking penempatan setingan merupakan kesinambungan dari Ops Bersih COVID-19 yang dilakukan di dua kawasan sebelum ini.

“Kita akan memastikan kesemua penduduk di lokaliti Saguking ini menjalani ujian saringan COVID-19 bagi memastikan jumlah kes positif COVID-19 harian berkurangan dengan mengambil langkah yang lebih ketat,” katanya kepada pemberita pada ketika menyertai pasukan kesihatan JKN melaksanakan pengesanan kes aktif di lokaliti Saguking, baru-baru ini.

Tambah beliau lagi, setakat ini dianggarkan seramai 1,800 individu membabitkan setiap keluarga telah diambil ujian saringan dan diteruskan secara berperingkat.

“Kesemua mereka yang disaring merupakan setiap ahli keluarga dari 600 buah rumah di lokaliti itu telah menjalani ujian saringan COVID-19,” katanya lagi. – WILAYAHKU 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas