Biz

Jom jana pendapatan bersama Kopie Perang dan My Berry Drink

Hidayah dan orang penting di sebalik produk Kopie Perang dan My Berry Drink
- Diterbit 26 Februari 2021 2:46 AM MYT

MINUMAN harian berkhasiat berasaskan beras perang, Kopie Perang dan My Berry Drink membuka peluang kepada mana-mana individu di seluruh Malaysia untuk menjadi ejen atau stokis.

Pengasas produk minuman ini, Zainab Sidek,57, syarikatnya Era D Mansion Sdn Bhd menyasarkan untuk mencari 2,000 ejen jualan sehingga akhir tahun ini.

PRODUK Kopie Perang dan My Berry Drink mendapat sambutan menggalakkan.

Walaupun negara masih dalam krisis COVID-19, Zainab yakin permintaan tinggi terhadap dua produk minuman itu memberi peluang kepada ejen-ejen untuk menjana pendapatan.

“Alhamdulillah.. Walaupun negara masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), permintaan terhadap Kopie Perang dan My Berry Drink sangat menggalakkan.

“Iya, walaupun pergerakan agak terhad untuk menguruskan perniagaan ini, namun dengan adanya kemampuan teknologi, majoriti pelanggan lebih selesa membeli secara dalam talian.

“Jadi, untuk membantu golongan yang terkesan dengan COVID-19, saya membuka peluang seramai mungkin untuk menjadi ejen. Dalam masa yang sama, pengedaran produk juga berjalan lancar.

“Buat masa ini, kami mempunyai hampit 30 stokis di seluruh Malaysia. Cuma fokus kami sekarang adalah untuk mencari lebih ramai stokis, ejen atau wakil jualan di seluruh negara,” katanya yang menjanjikan banyak kelebihan apabila menjadi ejen.

PRODUK minuman yang banyak khasiatnya

Selain berpeluang menjana pendapatan lumayan, masyarakat boleh merasai sendiri khasiat dan kelebihan mengamalkan minum Kopie Perang dan My Berry Drink.

Menurut pegawai pemasarannya, Mohamad Shafiq Jemahadi,27, banyak manfaat yang diperoleh selepas minum produk ini.

“Setelah hampir tiga tahun produk kami dijual, syukur ramai yang berpuas hati dengan khasiat dua minuman ini.
“Buat masa ini, produk kami sudah dipasarkan di 15 pasar raya AEON di seluruh Malaysia.

“Antara sebab ramai yang menyukai produk ini adalah peranannya membantu fungsi penghadaman, membantu mencegah sakit jantung dan membantu dalam mengekalkan berat badan yang ideal.

“Bukan itu sahaja, minuman ini boleh membantu mengurangkan risiko kanser, membantu cegah pembentukan batu jarang dan banyak lagi,” jelasnya lagi.
Antara bahan utama dalam Kopie Perang adalah beras perang, habbatus sauda, madu dan lain-lain.

ZAINAB bersama anaknya, Hidayah dan orang penting di sebalik produk Kopie Perang dan My Berry Drink

Manakala My Berry Drink pula mengandungi beras perang, habbatus sauda, madu dan buah beri.
Sesiapa yang ingin menjadi stokis dan ejen, boleh hubungi di talian 0192996087.

Anda juga boleh layari Facebook: Minuman Sihat Beras Perang dan instagram: – WILAYAHKU

Foto: Amin Farij Hassan

 

 

 

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas