Berita

Memori lampau bawa Ustaz Don ke legasi Az-Zayt

- Diterbit 2 Mac 2021 12:38 PM MYT

KENANGAN 13 tahun lalu bersama pendakwah terkenal, Allahyarham Datuk Ismail Kamus membuatkan penceramah selebriti, Don Daniyal Don Biyajid bersetuju meneruskan legasi produk pemakanan sunnah Az-Zayt yang diasaskan Allahyarham pada tahun 2014.

Berkongsi cerita tentang legasi tersebut, Don berkata, sebenarnya ia telah dimulakan pada tahun 2008 secara tidak dirancang.

“Saya terpaksa menggantikan kuliah Allahyarham
Tuan Guru di sebuah surau di Bangi. Pada masa itu saya baru sahaja seminggu berhijrah ke negeri Selangor.

“Kenangan 13 tahun lalu itu masih segar di ingatan
sehinggalah saya bersetuju untuk menyertai syarikat yang masih mengekalkan legasi
Allahyarham Tuan Guru bagi meneruskan dan mengukuhkan lagi produk Az-Zayt,” ujarnya.

Kini legasi Allahyarham Datuk Ismail Kamus yang memasarkan produk pemakanan sunnah yang terdiri daripada softgel minyak zaitun dan
softgel Habbatus Saudadi dalam kalangan masyarakat Islam Malaysia akan diteruskan oleh
Don Daniyal melalui syarikat Kaseh Al Wafi Sdn. Bhd.

Bagi meneruskan dan mengukuhkan lagi produk Az-Zayt, Don Daniyal telah dilantik sebagai salah seorang Pengarah Syarikat dan memiliki 30% saham syarikat.

“Ustaz akan menumpukan kepada promosi dan pemasaran produk Az-Zayt agar lebih ramai akan menyedari khasiat di sebalik pemakanan sunnah ini,” ujarnya.

Terdahulu, satu majlis tandatangan perlantikan sebagai Pengarah Syarikat berlangsung berlangsung di restoran Smoked Kingdom by DonDaniyal, Ayer8.

Ia turut dihadiri oleh kesemua Pengarah Syarikat dan hanya terhad kepada beberapa orang tetamu
bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP). – AINI – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas