Sekilas

Jom Derma Darah Di BANGI GATEWAY SHOPPING MALL

|JOM derma darah di Bangi Gateway Shopping Complex pada 5 dan 6 Disember (Sabtu &Ahad)|KARTINI berharap orang ramai hadir menderma darah demi menambah bekalan darah di Pusat Darah Negara.
- Diterbit 2 Disember 2020 11:42 PM MYT

SEJAK pandemik COVID-19 melanda Malaysia, stok darah negara berhadapan dengan kekurangan yang amat kritikal.

Atas dasar prihatin, Bangi Gateway Sdn. Bhd dengan kerjasama Pusat Darah Negara menganjurkan Kempen Derma Darah yang akan diadakan pada 5 dan 6 Disember (bermula pukul 11 pagi) di Tingkat 1,Bangi Gateway Shopping Complex, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, Selangor.

JOM derma darah di Bangi Gateway Shopping Complex pada 5 dan 6 Disember (Sabtu &Ahad)

Menurut Pembantu Pengurus Operasi Bangi Gateway Shopping Complex, Kartini Mohamad, penganjuran kempen ini adalah tanda sokongan kepada negara.

“Menganjurkan Kempen Derma Darah ini adalah salah satu sumbangan pihak kami kepada negara. 

“Memandangkan Pusat Darah Negara amat memerlukan sumbangan bekalan darah, sudah menjadi tanggungjawab kami mengajak ramai pelanggan untuk melakukan kerja amal ini. 

“Insya Allah, usaha ini boleh membantu menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukannya,” katanya yang amat mengalu-alukan orang ramai hadir menderma darah.

KARTINI berharap orang ramai hadir menderma darah demi menambah bekalan darah di Pusat Darah Negara.

Semoga kehadiran para pelanggan dapat membantu dalam menambah bekalan darah di Pusat Darah Negara. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas