Berita

Jom berlari dengan busana tradisional Melayu

JAMBATAN Saloma Link dibina merentasi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH).
- Diterbit 28 Februari 2020 7:00 AM MYT

DAH bersedia untuk Larian Jejak Warisan @ Pintasan Saloma 2020, pukul 7 pagi esok?

Bagi yang dah bersedia secara fizikal tu, jangan lupa untuk mengenakan busana tradisional Melayu juga ya.

Kenapa perlu bersama-sama pakai busana berkenaan? Selain anda semua memeriahkan program larian yang penuh tradisi ini, Pertandingan Busana Warisan Melayu juga turut diadakan.

Apa pun, jangan lupa syarat pemakaian dan pastikan siap sedia bersolek cantik semasa mendaftar nanti supaya proses penilaian dapat dilakukan.

Info:
Pendaftaran Peserta Busana
Tarikh : 29 Feb 2020
Masa : 7.00pagi – 8.00pagi
Tempat : Kaunter Pendaftaran Busana, Plaza Kampong Bharu, Pintasan Saloma

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas