Berita

‘Jiwa saya kena kental’ – Luqman Hakim

LUQMAN HAKIM lapor diri minggu ini.
- Diterbit 24 Ogos 2020 10:11 AM MYT

PENYERANG muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin yang kini berkelana di Eropah bersama pasukan KV Kortrijk yang berpengkalan di Belgium mahu memastikan dirinya tidak pulang awal ke Malaysia.

“Saya sudah berjanji kepada diri sendiri, kalau balik (Malaysia) pun saya makan maki sahaja. Jiwa saya kena kental, mereka ada sepasang kaki, saya juga ada sepasang kaki jadi buat apa saya hendak takut,” tambahnya.

Sementara itu, ibunya, Hasmah Che Soh, berharap anaknya dapat mengejar impiannya dan berjaya di luar negara.

“Dia kena pandai sesuaikan diri di sana dan prestasi perlu meningkat demi cita-citanya,” ujar Hasmah.

Luqman Hakim yang berusia 18 tahun telah mengikat kontrak selama lima tahun bersama KV Kortrijk dan perlu menjalani proses kuarantin selama 14 hari sebelum melapor diri bersama skuad bawah 21 tahun pasukan itu minggu ini.

KV Kortrijk dalam satu hebahan di media sosial rasmi pasukan mengumumkan Luqman Hakim akan menyarung jersi bernombor 9 di KV Kortrijk. -WILAYAHKU/MUHAMAD NIZAM

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas