Berita

JBPM Subang hantar barang keperluan hospital

- Diterbit 24 Mac 2020 1:29 PM MYT

PUTRAJAYA – Prihatin dengan kekurangan beberapa keperluan asas di Hospital Sungai Buloh disebabkan pertambahan pesakit yang dijangkiti wabak Covid-19, Airod Sdn. Bhd. dengan kerjasama Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Subang menghantar bantuan ke lokasi berkenaan.

Jurucakap JBPM berkata, bantuan yang disalurkan adalah 40 katil, tilam, bantal dan selimut untuk kegunaan petugas serta pesakit di hospital berkenaan.

“Seramai lapan orang yang terlibat bagi membantu penghantaran tersebut,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas