Berita

Jangan peduli kritikan netizen – Izzah Amzan

- Diterbit 1 Ogos 2021 7:02 AM MYT

ATLET gimrama negara, Izzah Amzan, 21, meminta barisan atlet Olimpik negara agar tidak mengambil serius kritikan netizen yang tular di laman sosial baru-baru ini.

Katanya kepada Wilayahku, perkara tersebut hanya akan membawa kesan buruk yang dibimbangi akan menjejaskan emosi atlet untuk bertanding.

“Jangan peduli kata-kata netizen yang tidak membantu menaikkan semangat. Hanya kita tahu betapa sukarnya untuk berada di tahap tersebut. Teruskan berusaha dan bertawakal.

“Jika sudah mencuba sedaya upaya namun tidak seperti yang diharapkan usah terlalu bersedih. Anda hebat kerana itu anda terpilih untuk mewakili negara,” ujar atlet yang memenangi dua pingat emas pada Sukan SEA 2019 menerusi bola dan riben ini.

Memandang jauh kehadapan, atlet muda ini menanam cita-cita mewakili Malaysia sekali gus menghadiahkan pingat emas dalam Sukan Olimpik suatu hari nanti. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas