Bangga dengan reputasi Suryani – Nur Izazi

Bangga dengan reputasi Suryani – Nur Izazi

KEMAMPUAN penembak wanita negara Nur Suryani Mohamed Taibi yang mempunyai reputasi baik dalam dan luar negara dilihat bakal memberi sinar bagi acara menembak.

Ia turut diakui penembak muda, Nur Izazi Rosli, 20, yang kagum dengan semangat dan kekentalan atlet wanita berusia 38 tahun itu.

“Bagi saya dalam sukan menembak sangat sukar untuk membawa pulang pingat tetapi jika ada rezeki dan keyakinan Insya-Allah tiada yang mustahil,” ujarnya.

Dia yang sentiasa mengikuti secara dekat siaran langsung temasya tersebut turut berbangga dengan usaha yang ditunjukkan atlet negara.

Alhamdulillah mereka sentiasa ingin membuktikan kepada dunia bahawa Malaysia boleh,” ujarnya yang menanti untuk beraksi pada Sukan SEA 2021 yang ditunda ke tahun hadapan. -WILAYAHKU

CATEGORIES