Berita

“Jangan Marah Kalau Kena Block!” – WAFARIENA Marah Siapa tu?

- Diterbit 1 September 2020 3:59 AM MYT

PELAKON Wafariena bengang apabila nombor telefon pengurusnya Suzana sering diganggu oleh orang yang tidak dikenali.

Gangguan itu berlaku apabila ramai yang menganggap nombor telefon yang tertera pada bio instagram itu adalah nombor peribadi Wafariena. 

“Saya nak marah ni. Siapa-siapa kacau nombor dekat bio (di instagram) tu, itu bukan nombor saya. Itu nombor pengurus. 

“Kalau awak semua asyik call, mesej dan video call, tolonglah.. itu bukan nombor Wafa.

“Kasihanlah. Dia (pengurus) banyak kerja. Dia lagi stres bila dapat gangguan macam tu,” katanya yang meluahkan rasa kesalnya itu menerusi instagram miliknya. 

Wafariena  menegaskan nombor itu hanya untuk urusan kerja bukan atas dasar peribadi.

Pemilik nama sebenar Wafariena Rosland,25, juga tidak teragak-agak untuk block atau sekat nombor sesiapa yang masih mengganggu tanpa urusan kerja. 

“Jangan marah kalau nombor anda kena block. Selepas tu, jangan nak cakap saya sombong, hantar mesej tidak balas. Kata call dan video call tak angkat. 

“Kenapa saya nak kena angkat. Itu bukan nombor saya. 

“Jangan marah kalau kena block ya!” Tegasnya yang berharap tiada lagu gangguan terhadap pengurusnya. 

Instagram will load in the frontend.

Sebelum ini Wafariena popular dengan watak Nurul Ain dalam drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2 siaran TV3.

Antara drama lakonannya sebelum ini adalah Kisah Seram Hostel, Rinding dan Main Kahwin-Kahwin.

Wafariena yang kini bernaung di bawah syarikat  MAP Music, sedang sibuk mempromosikan single pertama berjudul Carilah Aku. – WILAYAHKU

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas