Berita

“Anak Bujang Tengah-Tengah Lasak Macam Ni La…” – AMYRA ROSLI

- Diterbit 1 September 2020 2:46 AM MYT

AQEEF ANAQI anak sulong kepada pasangan selebriti Amar Baharin, 35, dan Amyra Rosli, 27, telah mengalami kecederaan di bahagian sendi siku kirinya akibat dislokasi.

Amyra ada berkongsi berita Anaqi cedera dan dirawat di Pusat Perubatan Prince Court.

“Haihhh anak bujang tengah-tengah lasak macam ni la @aqeefanaqi,” tulisnya di Instagram (IG) miliknya.

Difahamkan, kejadian tersebut terjadi di kediaman mereka ketika Anaqi, 3, sedang bermain.

Menurut doktor, setelah dirawat Anaqi dijangka sembuh dalam masa tiga hari. 

Amar dan Amyra yang berkahwin pada November 2016 dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas