Berita

“Jangan lari jauh dari landasan sahabatku” – Mila harap Nonny istiqamah

- Diterbit 26 Mac 2021 11:26 PM MYT

PENYANYI dan usahawan Mila Jirin mengaku terkejut apabila melihat video seorang wanita memakai blaus putih, stokin jaring dengan rambut paras bahu, dimuat naik dalam laman sosial Instagram teman baiknya, Nonny Nadhirah.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Mila memaklumkan bahawa Nonny sendiri mengakui video wanita seksi yang diperkatakan ialah dirinya .

Sebagai sahabat baik, Mila mengingatkan Nonny ini adalah ujian yang harus ditempuhi dengan kesabaran dan tidak mudah terpengaruh dengan pengaruh negatif.

“Bila Allah uji orang terdekat kita, sebenarnya Allah juga sedang menguji kita.

“Nonny ni masya Allah, sangat baik..Bayangkan doa Ummu Salamah pun beliau hafal (saya pun tak hafal)
“Nonny, ramai rakan rakan wartawan cari mu, mereka semua sayang pada mu, semua terkejut.

“Semalam mu minta ku dan ija (Heliza) doakan mu. Hari ini Non (panggilan buat Nonny) ramai sangat yang komen mendoakan yang baik baik buat mu…ramai sangat DM ku minta tarik mu kembali kepada non yang dulu,” luah Mila sebagai kata-kata semangat buat sahabatnya itu.

Mila juga memuatnaik gambar kenangan mereka semasa di Raudhah iaitu satu tempat yang sangat mulia di dalam Masjid Nabawi, Madinah.

“Non please kuat! Lawan anasir2 yang tak baik…Surround dengan orang orang yang positive.

“Tengok gambar ni, teringat betapa gembiranya mu dapat masuk Raudhah dapat solat dalam Raudhah.

“Non, mu antara yang Allah pilih untuk  jemput ke Makkah, Madinah, Allah pilih untuk hadiahkan HIDAYAH.

“Jangan lari jauh dari landasan sahabat ku. Mu anak, kakak dan sahabat yang baik.

“Ku doakan mu moga Allah tarik mu kembali ke jalan yang lurus,” ujarnya lagi.

Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Nonny. Amin.. – WILAYAHKU

 

 

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas