Berita

Neelofa kini sah isteri kepada pendakwah bebas, PU Riz

|
- Diterbit 27 Mac 2021 4:49 AM MYT

DENGAN sekali lafaz, pelakon dan pengacara Neelofa, 32, sah menjadi isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz, 26, di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada pukul 11.43 pagi, sebentar tadi.

Akad nikah Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor disempurnakan oleh adik kandungnya, Mohd Aqief Mohd Noor.

Majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz ala kayangan bertema putih itu dihadiri 200 tetamu ahli keluarga dan rakan terdekat kedua-dua pihak.

Tetamu hadir pula menepati tema berpakaian baju kurung, Melayu atau jubah berwarna putih yang menjadi permintaan pihak pengantin.
Bagaimanapun, Neelofa tidak menyatakan jumlah hantaran, sebaliknya hanya memberitahu menerima sebentuk cincin daripada pihak lelaki.

Neelofa dan PU yang mula saling mengenali pada Jun, 2017 melahirkan rasa syukur apabila majlis berjalan dengan lancar seperti dirancang.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran majlis pernikahan kami.

“Kami berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati oleh Allah SWT, insya-Allah,” ujar pasangan berkenaan.

Semoga Neelofa dan PU Riz bahagia hingga ke syurga. Amin.. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas